TERIMA KASIH PAHLAWAN MALAYSIA !
'Operasi Iblis 1971'
Operasi khas dilancarkan oleh Markas Briged Kedua Infatri Malaysia berikutan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.
Misi Operasi untuk mencari dan memusnahkan Unit Penggempur Ke-5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang beroperasi merangkumi kawasan Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River, Perak.
Diketuai Kapten Mohana Chandran dari Batilion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang kemudian terkorban dalam operasi tersebut.
*****************
Mahu sebut dalam Buku Teks Sejarah, komunis itu pejuang ?
Komunis itu pembela kemerdekaan ?
Komunis itu juga berjasa kepada tanah air ini ?
Komunis itu memelihara nasib hidup atok nenek dahulu ?
SILA PERGI MATI WAHAI PENGKHIANAT !
Walau ada yang mengagung perjuangan komunis
Walau ada yang menjunjung fahaman komunis
Walau ada yang mengiktiraf pengganas komunis
Walau ada yang membela kematian komunis
Walau ada yang menuntut kepahlawanan komunis
Ketahui lah Para Pahlawan sejati tanah air !
Yang telah gugur mahupun yang masih tempur
Bahawa majoriti kami masih tekad dan teguh
Masih mengenang dan mengimbau
Masih ingati dan hargai
Segala jasa pengorbanan kamu semua
Demi tanah air ini !
Demi kelangsungan hidup bergenerasi !
Demi kedamaian untuk kami hari ini !
" Selamat Menyambut Hari Pahlawan Tahun 2018 ! "
" Terima kasih PAHLAWAN ! "
" Terima kasih PERWIRA ! "
Masih mengenang dan mengimbau
Masih ingati dan hargai
Segala jasa pengorbanan kamu semua
Demi tanah air ini !
Demi kelangsungan hidup bergenerasi !
Demi kedamaian untuk kami hari ini !
" Selamat Menyambut Hari Pahlawan Tahun 2018 ! "
" Terima kasih PAHLAWAN ! "
" Terima kasih PERWIRA ! "
**** Sambutan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai adalah sambutan tahunan di peringkat kebangsaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan, memperingati perjuangan dan menzahirkan penghargaan kepada perwira tanah air iaitu anggota keselamatan negara sama ada yang telah terkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara mahupun yang masih hidup atau sedang berkhidmat. Sambutan dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM sejak tahun 1968.
0 komen:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen yang diberikan.