Social Icons

20 January 2013

Sejarah Ringkas Johor Bahru

Johor Bahru diasaskan pada 1855 apabila Temenggung Daeng Ibrahim Seri Maharaja membentuk pusat pentadbiran baru bagi negeri Johor. Ketika itu Johor Bahru dikenali sebagai Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri. Baginda telah membangunkan sebuah gedung di atas sebuah bukit yang dikenali sekarang sebagai Bukit Timbalan.

Di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, beberapa buah bangunan kerajaan, rumah pasung dan mahkamah telah didirikan. Beberapa orang pegawai juga telah dilantik bagi melicinkan pemerintahan ketika itu.

17 January 2013

PROGRAM BAKTI SISWA JOHOR 2013

PROGRAM BAKTI SISWA JOHOR 2013

Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT bertekad terus bergerak aktif dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program serta usaha-usaha ke arah pembangunan mahasiswa Johor yang intelek dan berwibawa serta membantu Kerajaan Negeri Johor dalam agenda mempertingkatkan taraf hidup masyarakat dan kemajuan Negeri Johor. 

16 January 2013

#Listen: Kenyataan YDP MPP UM

Salam sejahtera buat anda semua, sahabat-sahabat yang saya sanjungi. Semoga perjalanan peperiksaan anda berjalan lancar dan doa saya agar senyuman juga terpancar sebaik anda melangkah keluar dari dewan peperiksaan.

Dengarlah (Listen).

Semalam kita digemparkan oleh sebuah video yang disebarkan di Youtube, memaparkan perjalanan sebuah forum yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Forum tersebut bertajuk “Seiringkah Mahasiswa dan Politik” dan perkara yang mengejutkan adalah tindakan panel forum terbabit, Saudari Sharifah Zohrah Jabeen yang memberi respon kepada pertanyaan pelajar UUM, Bawani dengan cara yang agak keterlaluan.

13 January 2013

Perjumpaan Rakan Media Sosial Johor

26 JANUARI 2013
8.00 PAGI 
PERSADA JOHOR

12 January 2013

Al-Fatihah BuatMu Sahabat - Pemergian Yang Mengejutkan

YA ALLAH. Innalillahi wa innailaihi roji'un.. Semalam, Jumaat 11 Januari, jam 7.00pagi telah menerima panggilan telefon yang sungguh mengejutkan.

Seorang sahabat baik dari sekolah menengah yang sedang menuntut di UIAM dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 4.00pagi. Dikatakan arwah ditemui terjatuh di biliknya di kampus UIAM Gombak. Ya Allah, sangat tersentak jiwa ni. Mendengar berita kematian sahabat di pagi Jumaat.

10 January 2013

Segmen: Saya Blogger Dari Negeri...

ASSALAMUALAIKUM


Kawan blogger dari Negeri Johor Darul Ta'zim. 

Menariknya Negeri Johor ni daripada beberapa aspek. 
Bahasanya, Sejarahnya, Makanannya, Tempatnya, Budayanya dan macam-macam lagi. 

Ok, untuk huraian lanjut tentang setiap perkara yang menarik di Negeri Johor ni, 
kawan akan update entry ni kemudian. Jadi, eloklah kita kenal-kenal dulu ye. 

(kawan: saya@aku. sama macam eden, ambo, teman)

Kepada pembaca yg baru jumpa segmen ni dan ingin sertai, sila klik banner di atas. 

~Salam Perkenalan Buat Semua~

Jom belajar serba sedikit Sejarah Johor !
(klik je gambar bawah ni) 
Sejarah Nama Tempat di Johor
Bendera-bendera di Negeri Johor
Orang Johor menggunakan Bahasa Melayu yg sebetulnya (standard Malaysia). Sebab tu kalau Orang Johor bercakap, xkesah orang dari mana pun boleh faham. Tapi kalau nak tahu, dalam perbualan sesama Orang Johor juga ada loghatnya (Bahasa Johor).
Tengok gambar ni !

Ada x 'word' yg korang xpenah dengor?
Jajan: Keropok a.k.a Makanan ringan
Gerobok@Gobok: Almari@Rak
Lokek: Kedekut
Ngecek: Mintak sikit
Ngelat: Tak aci@Tak adil

Apesal kawan eja dengar jadi dengor? Hehe. Ini Bahasa Johor yg asalnya dari orang Muar.
Semua 'word' yg diakhiri "ar" disebut "o" atau "or". Faham tak?
Contoh: Muar tapi sebutnya Muo. Ular, Ulor. Selipar, selipor. Pagar, pagor. Lapar, lapo.
Gebar, gebor iaitu selimut. Hehe.

Penah dengar orang Johor cakap 'anu' dan 'sangap' ?
Kalau penah, harap jangan salah faham ye. Tu bukan melucah, tapi ayat biasa kitorang.
'Anu' merujuk pada sesuatu benda atau perbuatan.
'Sangap' sama maksud dengan mengantuk.
Hehe. Banyak lagi la kalau nak cerita bab bahasa ni. Korang google jela.

Bab makanan, haha macam-macam ada.

Bab budaya yg paling menarik. Agak-agak kenapa ekk?
Apa budaya Johor yg korang tahu sebelum kawan nak share ni?

Tambahan, ada satu acara tahunan Negeri Johor yg dinantikan seluruh rakyat.


09 January 2013

LUASKAN LUASAMU JOHOR !!


Kepada penyokong bolasepak Johor Darul Takzim FC dan Johor FA semua. 

Kuatkan sokongan padu anda kepada kedua-dua pasukan Johor ini. 

Tunku Mahkota Johor telah menaikkan dan meletakkan nama bolasepak negeri Johor pada tahap yang tidak terfikir oleh kita semua. 

Baginda telah mengurniakan kita sebuah pasukan demi untuk melihat rakyatnya bersatu dan menyokong menaikkan maruah Johor dalam kancah bolasepak tempatan. 

07 January 2013

1 Januari: Kelahiran Yang Dinanti

Tahun 2013 disambut kami sekeluarga dengan penuh kesyukuran. 
Meraikan kelahiran yang dinanti-nantikan. 
Selepas genap setahun ikatan perkahwinan. 
Dua hati, Mohd Nazri Samingin & Zareena Tukinan. 

1 Januari penuh erti. 
Tahniah buat abang dan akak, dah jadi ayah mak. 
Tahniah buat ayah dan mama ku, naik pangkat jadi atuk & nenek. 
Tahniah la buat aku dan adik-adik, dah bergelar pakcik makcik. 




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.