YA ALLAH. Innalillahi wa innailaihi roji'un.. Semalam, Jumaat 11 Januari, jam 7.00pagi telah menerima panggilan telefon yang sungguh mengejutkan.
Seorang sahabat baik dari sekolah menengah yang sedang menuntut di UIAM dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah pada jam lebih kurang 4.00pagi. Dikatakan arwah ditemui terjatuh di biliknya di kampus UIAM Gombak. Ya Allah, sangat tersentak jiwa ni. Mendengar berita kematian sahabat di pagi Jumaat.
7.00am: Terima berita
8.30am: Pergi HKL. Menunggu postmortem jenazah
12.30pm: Selesai postmortem. Dibenarkan utk melihat jenazah. (Sebak)
1.00pm: Solat Jumaat di surau HKL
3.30pm: Bertolak mengiraingi van ke Kluang (Taman Sri Lambak T6)
7.00pm: Tiba di rumah. Tatapan terakhir oleh sedara-mara, rakan, jiran. Dibawa ke masjid. Disembahyangkan selepas Maghrib dan dikebumikan. (Sebak)
9.45pm: Bertolak ke UKM
Versi cerita-cerita dari rakan-rakan kampusnya, terjatuh di bilik. Namun hasil bedah siasat, Doktor maklumkan tidak dapat kenalpasti punca kematian arwah. Organ dalamannya berfungsi baik dan juga tiada kesan hentakan di kepala. Bermakna seluruh fizikal tubuh arwah adalah sihat. Kesimpulannya, arwah menghadapi kematian secara mengejut (sudden death). Seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan percaya bahawa tidak dapat nak disabitkan dengan apa-apa sebab kematian kecuali satu iaitu, sudah masanya "pergi" mengadap ALLAH SWT.
Betapa sebak dan meremang satu badan semua rakan yang mengenali arwah bila dapat berita ni. Manakan tidak, arwah seorang yang aktif, tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, sihat wal'afiat. Arwah juga adalah seorang anggota askar wataniah di UIAM.
Bila diteliti semula setiap post di wall facebooknya, didapati tanda-tanda dia akan "pergi" sebenarnya tersirat di sebalik post-post tersebut. Seperti arwah sudah tahu masanya hampir tiba. Dia hanya mengingatkan rakan-rakan dengan berkongsikan status-status dan share beberapa gambar yang menyentuh soal kematian dan agama. Hanya kita tak perasan. Tiada siapa yg sangka.
Sebakku tatkala melihat jasadmu yg terbujur dgn wajah yg tenang. Mudahnya pemergianmu. Syahid menuntut ilmu.
Kepada semua rakan yang mengenali, ingatlah segala nasihatnya. Kenanglah kebaikannya. Maafkanlah segala salah silapnya. Redha pemergiannya. Doakanlah semoga Allah tempatkannya di kalangan hamba yg beramal soleh..Takziah kepada ahli keluarga.
Mohon sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Mohamad Afham bin Jumat.
(SMA Bdr Tenggara Johor 2003-2007, Maahad Johor 2008, UIAM 2009-2013).
(SMA Bdr Tenggara Johor 2003-2007, Maahad Johor 2008, UIAM 2009-2013).
"Haq Muslim ke atas Muslim itu enam: Memberi salam, memenuhi undangan, menasihatinya, mendoakan yg bersin, menziarahi yg sakit dan menghantar jenazahnya." (Riwayat Muslim)
Allahyarham Mohamad Afham bin Jumat
1 April 1990 - 11 Januari 2013
Assalamum.
ReplyDeleteArwah duduk kt college mana?
Dlu lbh krg thn 2000-2001 ada jg student yg meninggal sesak nafak kt Mahallat As Siddik.
Waalaikumussalam
Deletetak silap, salahuddin
Semoga dia ditempatkan dikalangan orang2x yang beriman..AMIN~
ReplyDeleteAmin..Sebak tatkala menatap jenazahnya ketika di hospital
Deletetidak silap ni abg kawan sekolah yg dduk 1 tmn.tmn sri lambak (t6) kluang
ReplyDeleteyup.. T6
Delete