Social Icons

18 November 2015

"PERKASA JATI DIRI DEMI KOMUNITI SETEMPAT" – KHALED NORDIN



PASIR GUDANG, 17 Nov – Penuntut dari negeri ini di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara terutamanya mereka yang menyertai Duta Jauhar digesa memperkasakan semangat jati diri dan sikap bertanggungjawab terhadap komuniti setempat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan nilai murni yang tertanam di dalam sanubari, mereka secara tidak langsung boleh menjadi wadah membantu kerajaan bagi membangunkan negeri ini.

20 March 2015

Ledang mula kibar bendera daerah


LEDANG 19 Mac – Semua pejabat kerajaan, pertubuhaan bukan kerajaan (NGO) dan premis perniagaan di daerah ini diminta memasang dan mengibarkan bendera daerah Ledang yang dilancarkan semalam di bangunan masing-masing.

Pegawai Daerah Ledang, Ab. Han Ramim berkata, arahan tersebut berkuatkuasa terutama di bangunan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lebih-lebih lagi menjelang Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pada Isnin ini.

“Bendera ini perlu dikibarkan kerana menjadi lambang dan kemegahan penduduk Ledang apatah lagi ini kali pertama Ledang mempunyai bendera sendiri. Sebelum ini di Johor daerah yang memiliki bendera hanya Segamat, Muar dan Batu Pahat.

“Sebelum diterima sebagai bendera rasmi daerah Ledang, kita menerima 176 reka cipta melalui pertandingan yang dianjurkan pada 26 Jun hingga 15 September 2012,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bendera Daerah Ledang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di Tangkak, di sini semalam.

Pelancaran itu disempurnakan Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak; ADUN Gambir, Datuk M.Asojan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak (MDT), Mohd. Masni Wakiman.

Ab. Han berkata, bendera itu yang mempunyai tiga warna dengan beberapa lambang mempunyai makna tersendiri dengan merah melambangkan semangat keberanian dan jati diri warga Ledang dan biru berbentuk tiga segi membawa maksud gunung Ledang.

“Simbol tiga segi ini melambangkan gunung Ledang yang menjadi mercu tanda daerah ini selain mempunyai unsur-unsur sejarah berkaitan legenda Puteri Gunung Ledang serta kepahlawanan Melayu dan kehidupan warga Ledang yang berbilang kaum,” katanya. - Utusan

26 February 2015

BENDERA RASMI DAERAH-DAERAH DI JOHOR

BACA ARTIKEL TERDAHULU ---> BENDERA-BENDERA DI NEGERI JOHOR

Bendera Negeri Johor Darul Ta'zim
Bendera Daerah Batu Pahat

31 January 2015

TSHIRT KHAT KUFI JAWI JOHOR

TSHIRT KUFI JOHOR 2.0 

CODE : KUFI 2
TYPE : Cotton foursquare
SIZE : S / M / L / XXL
PRICE : RM25

WhatsApp ----> 017-738 2852



 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.