Social Icons

19 January 2012

Selagi Termampu, Demi Tugas dan Amanah !

Menjadi tradisi, setiap akhir sem 1 program wajib yang perlu diadakan oleh PERMAJ UKM ialah Khidmat Masyarakat (OPKIM). Sejak tahun-tahun terdahulu, OPKIM telah dibuat di setiap daerah seluruh Johor. 2008 di Mersing, 2009 di Muar, 2010 di Batu Pahat. Semuanya diadakan pada hujung tahun. 

Bagi 2012 pula situasinya istimewa kerana diadakan pada awal tahun dan tempatnya di Pontian. Maka OPKIM 2012 ini akan diadakan pada 21 hingga 25 Januari 2012 di Kampung Parit Marjunid, Benut, Pontian.


12 January 2012

[Nukilan] Melayu Johor - Usman Awang


Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.

MELAYU JOHOR 
1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara

11 January 2012

Salam Perkenalan

~ Assalamualaikum ~


Salam Mesra, Salam Perkenalan.. 
Masih baru lagi dalam dunia blogging ni..
Menyedari satu keperluan untuk mempunyai blog sendiri.. 
Bagi berkongsi nukilan peribadi, catatan berkaitan negeri/mahasiswa Johor, hal semasa dan beberapa perkara lain yg boleh dikongsi.. 

Insya-Allah.. 

:: ::
Mohd Najib Bin Samingin [Paduka Pulai]
Berasal dari Johor Bahru. 
Menuntut di UKM Bangi dalam jurusan Sains Politik. 




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.