Social Icons

30 August 2012

Khas Untuk Rakan Yang Baru/Akan Tamat Status Bujang

:: Assalamualaikum ::
Masih dalam mode raya? Selamat Hari Raya ye kepada semua rakan-rakan. Menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, lepas je raya mesti kita semua sibuk atau penuh dengan 2 majlis jemputan ni; Rumah Terbuka (open house) & Majlis Perkahwinan (keje kahwin). 

Alhamdulillah, setakat ni saya sempat pergi ke 2 majlis perkahwinan dua orang rakan sekolah menengah. Sempat pergi pun sebab tengah bercuti raya, dua-dua majlis ni dibuat pada hari sabtu dan ahad lepas. Tapi open house satu pun tak berpeluang lagi pergi sebab dah balik Bangi. 

Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua dan pasangan, serta rakan-rakan lain yang baru sahaja atau akan menamatkan 'title' bujang. InsyaAllah satu lagi jemputan kahwin seorang rakan pada 16 September depan. 

Untuk rakan-rakan yang akan mendirikan rumahtangga (yang dah lepas tu dah selamat, ni yang akan datang), semoga perkongsian ilmu ini berguna untuk diri sendiri dan pasangan ketika majlis perkahwinan nanti. Perkongsian ini berhubung dengan kisah perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan pasangannya, Husna baru-baru ini. 

Pengalaman ini dikongsikan oleh Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography ketika berbual dengan Ustaz Don tentang majlis perkahwinannya. 

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyeru
pai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan-ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mu lah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjuklah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. 

Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah, Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah” (3 kali), “Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah” (3 kali), Amin ya rabbal a'lamin..”

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
"Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud, No.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair, untuk Ustaz Don & isteri. 

PADUKA PULAI: Ya Allah, kurniakan-lah daku isteri dan zuriat yang soleh. Amin...

14 komen:

  1. semoga tips ni dpt sy amalkan kelak...

    ReplyDelete
  2. insya Allah..semoga dijadikan pedoman utk semua yg akn bergelar pengantin suatu hari nanti..dan peringatan utk sy jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyaAllah.. untuk diri sendiri dan rakan-rakan kita..

      Delete
  3. amin, insyaallah..
    Tgok gambar wedding tu ingatkan Najib gi majlis anak buah kak shima sbb tema pelamin sama hihi... Rupanya bukan hihihi...
    Selamat hari raya Najib.. Dpt mkn berasak tak? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke kak? hehe.. saya pergi dua majlis. gambar tu kt bandar tenggara. satu lagi kt pagoh..
      selamat hari raya dan salam merdeka 2012. dapat..haha..puas melantak...

      Delete
  4. semuanyaaa nk kawennn huhu tahniah! diri sendiri neh ntah laaa bilaaa huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi insyaAllah tak lama lagi la tu sue plak..

      Delete
  5. bagus perkongsian ni..
    semoga perkahwinan bahagia mereka ditambah lagi dengan kehadiran anak yang soleh dan solehah..=)

    ReplyDelete
  6. oh ya, tahniah kepada kwn2 en.najib yang dah selamat bertunang dan selamat bernikah...=)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. hehe..insyaAllah lepas habis blaja dan ada keje..
      kasi ein dulu la.. :)

      Delete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.