Social Icons

07 August 2012

"Saya Sengaja Pilih Baju Hijau Ke Johor" - Najib Razak

Ku Lihat Hijau pada Najib Razak
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran merupakan satu aktiviti keagamaan yang sinonim dalam kalangan masyarakat Johor pada setiap kali tibanya Ramadhan Al-Mubarak. 

Di mana-mana sahaja sama ada di kampung mahupun di bandar, majlis ini sentiasa dianjurkan sebagai satu wadah bagi mengukuh dan mengeratkan jalinan ukhwah dalam masyarakat Islam di Johor. 

Sehinggakan aktiviti ini dijadikan sebagai satu acara rasmi tahunan oleh Kerajaan Negeri Johor. 


Meneruskan taqwim Ramadhan 1433H, Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Johor Bersama YAB PM dan YAB MB ini diadakan sebagai menyambut kedatangan PM yg melawat Johor sempena Ramadhan. 

Sebelum majlis ini, beberapa siri majlis yg sama telah diadakan bermula pada awal Ramadhan lagi yg bertempat di Kediaman Rasmi YAB MB. Majlis ini dibuat mengikut kategori dan peringkat peserta/tetamu. 






Kebiasaannya, pengisian majlis ini ialah acara tadarus, khatam al-quran, tazkirah ramadhan, berbuka puasa dan solat tarawih. 

Acara tadarus iaitu para peserta/tetamu akan membaca al-quran secara bergilir dalam kelompok (seorang baca dan yg lain menyemak bacaan), kemudian khatam al-quran sebagai penutup acara tadarus tadi.  Sementara menanti waktu berbuka, peserta/tetamu dihidangkan dengan tazkirah ramadhan. Kemudian, bersama-sama menjamu hidangan berbuka puasa dan selepas itu, solat maghrib serta isyak berjemaah sehingga solat tarawih. 







Sumber: FB Dr Azam Rauzan
Santapan berbuka puasa terlebih dahulu dengan hidangan ringkas seperti kuih-muih dan tamar sebelum solat maghrib. Kemudian peserta/tetamu akan menjamu hidangan khas. Menjadi tradisi masyarakat Johor, apabila majlis berbuka puasa beramai-ramai seperti ini, menu utamanya ialah Nasi Ambeng atau apa jua yg dihidangkan secara berdulang (nasi talam). 



Nanti lepas tarawih ada makan lagi. Dipanggil moreh. Makan kuih-muih atau apa saja yg ada masa buka tadi, sambil minum air kopi atau teh o, sambil rokok (orang tua jela), sambil cite pasal kebun pasal anak nak balik raya dan macam-macam :)

Hah, tengok adik-adik ni makan. Bila diorang makan macam ni, diorang akan ingat/kenang sampai bila-bila. Tak caya? 


! INI-LAH BUDAYA TRADISI JOHOR !

Paduka Pulai: Kalau perasan, entry ini 2 in 1 sebenarnya...

11 komen:

  1. hehehe..
    pandai la PM kita berlawak...=p

    ReplyDelete
  2. salam tengahari =)
    hehe..lawwok juga PM yer ..

    ReplyDelete
  3. Inilah uniknya johor. hampir stiap surau akan bertadarus menghidupkan ramadan. harap tradisi ini akan terus kekal sampai bila2

    http://pawakadaksina.blogspot.com/2012/08/nasi-kandar-percuma-rai-datuk-lee-chong.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor style!
      Lama da aku tak ikut ayah aku pergi tadarus kt uma MB...

      Delete
  4. bangga jadi anak Johor.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!! nanti raya kt pontian nak singgah uma anis ea :)

      Delete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.