Sabtu petang kemas luar rumah, perasan ada kucing dalam rak kasut lama. Dia pun terkejut aku buka rak, terus berlari luar pagar. Aku tengok dalam, rupanya dia beranak kt situ. Senyum, habiskan kemas, aku masuk rumah.
Isnin, wife beli & lakukan UPT. Dia wasap gambar nampaknya 'positif'. Alhamdulillah syukur. Malamnya, bawa ayah mama & adik makan luar. Raikan hari lahir ayah ke-55 yg jatuh pd Ahad.
Sambil makan aku cerita hal kucing tu sebab ayah suka kucing. Ayah mama cakap jangan halau dia, tunggu anak dia besar sikit. Ada rezeki nak datang tu. Aku jawab insha allah ada, terus mama tanya "dah ada isi ea?". Org tua kan banyak ilmu hidup. Kita belom cakap dia boleh tahu.
Paling tak sangka, pagi tadi dapat 3 pesanan barang yg jumlahnya bukan biasa-biasa bagi aku. Rasanya utk event Keputeraan Tuanku mungkin. Alhamdulillah jika ini rezeki terbaik masa ini untuk kami. Mudah mudahan kali ke-3 ini menjadi. Selamat hari lahir ayah ! Semoga sentiasa sihat, dipanjangkan umur & dirahmati. Terima kasih mama, abg, akak, wife & adik2. Kek besday ditaja oleh Nazs Coupe.
0 komen:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen yang diberikan.