Social Icons

08 May 2018

TERIMA KASIH KERAJAAN JOHOR PIMPINAN DATO' KHALED NORDIN !!

'HADIAH' KETIGA DARI KERAJAAN JOHOR SELEPAS BANTUAN USAHAWAN BELIA ISLAM & PERUMAHAN KOMUNITI JOHOR (B) 


Alhamdulillah semalam saya menerima satu lagi insentif terbaik, berkebajikan & prihatin oleh Kerajaan BN JOHOR. 

" Insentif Bantuan PKS Johor 2018 (Daerah Johor Bahru) "

Bantuan di bawah kelolaan Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC of Johor) ini berbentuk peralatan yang relevan dengan perniagaan pemohon. Saya memohon mesin percetakan pakaian & cenderamata, alhamdulillah permohonan diluluskan. 

Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Rofiki bin Dato' Hj Shamsuddin, Pegawai Daerah Johor Bahru di Dewan MPC Bandar Baru Uda. Turut hadir YB Dato' Haji Baderi Dasuki, Pengarah EDC of Johor. 

Saya anggap penerimaan ini ialah REZEKI & TUAH dari 2 sumber kehidupan kurniaan ALLAH. 

1. Tuah mendapat PEMIMPIN yg faham & sayang rakyat. 
2. Rezeki sempena genap usia 6 bulan anak comel sy. 

Bersama Haji Rofiki dan YB Baderi Dasuki. 

Atas dasar ini, saya yakini sepenuh jiwa & pendirian sy bahawa, hanya Kerajaan BARISAN NASIONAL JOHOR sahaja yg layak mengemudi jentera pentadbiran Negeri Johor untuk menawar khidmat, membela kebajikan & memacu kemajuan, kepada negeri & rakyat Johor. 

" Team Johor untuk Dekad Baharu memacu Kemajuan " 

Tahniah kepada rakan-rakan usahawan ! 

#PilihBiru #TolakDAP 

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.