Social Icons

21 May 2014

BANTUAN PENDIDIKAN JOHOR 2014


Berikut saya kongsikan semula artikel yang saya siarkan di Page SISWA ANAK JOHOR (Klik sini) untuk bacaan dan rujukan semua pembaca blog saya. 
***********************************************************************************************
Ramai yg bertanya di inbox kami: 

"Anak negeri lain masuk U dapat RM1,000." 

"Anak Johor tak dapat ke?" 



Jawapan kami: 

Bantuan sebegini telah disediakan bermula tahun 2010 oleh YPJ dengan nama Skim Bantuan Pendaftaran IPTA (SBP). Skim ini membantu Anak-anak Johor yg akan mula mendaftar di tahun pertama di IPTA, bagi pengajian sepenuh masa peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda. Pihak YPJ akan membantu membiayai yuran pendaftaran kemasukan. 

Bagaimana nak mohon? 

Dapatkan borang di Pejabat YPJ Larkin atau di laman web. Isikan lengkap beserta pengesahan Pejabat Wakil Rakyat atau Pejabat Daerah. Hantarkan ke Pejabat YPJ beserta dokumen lengkap. Lampirkan Resit Pembayaran Yuran (Jika sudah bayar). Jika belum, bawa lampiran senarai yuran pendaftaran. Tempoh akhir ialah sebulan selepas pendaftaran kemasukan. Jumlah bantuan yg diberikan tertakhluk kepada jumlah yuran yg perlu dibayar. 
Selain YPJ, ada tak agensi lain yg sediakan bantuan? 

Ada. Bantuan sama turut disediakan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) iaitu Bantuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA. Cara memohonnya lebih kurang sama spt Skim YPJ. Bezanya jumlah bantuan. RM700 bagi semenanjung dan RM1,000 bagi Sabah/Sarawak. Namun bermula Januari 2014, bantuan ini telah dimansuhkan kerana proses penyelarasan bantuan pendidikan yg dibuat kerajaan negeri menetapkan pihak YPJ satu-satunya agensi negeri yg bertanggungjawab menyediakan bantuan pendidikan Johor. 
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) juga ada sediakan bantuan serupa. Permohonan melalui Pejabat MAIJ Daerah atau Amil setiap kawasan. Namun, bantuan ini amat terhad. Dan kini, bantuan MAIJ hanya bertumpu kepada Anak Johor yg melanjutkan pengajian di Timur Tengah spt Mesir dan Jordan. 


LINK 3 : SKIM BANTUAN ZAKAT MAIJ (PENDAFTARAN IPT)

Jika anda menerima tawaran kemasukan peringkat Sarjana Muda (Degree) di UTM Skudai atau UTHM Batu Pahat, anda layak memohon Biasiswa Sultan Iskandar. 

Begitu juga kepada anda yang menyambung pengajian peringkat Sarjana (Master & PhD) di mana-mana IPTA tempatan, anda juga layak memohon.

LINK 4 : BIASISWA YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR

Kenapa ramai yg tak tahu wujudnya bantuan spt ini? 

Kami pun tak pasti kenapa ramai yg tak tahu. Mungkin sebab kurang hebahan. Bila diajukan kepada pihak berkaitan, mereka kata sudah disiarkan di laman web. Jadi, kepada anda yg telah baca artikel ini, sila peka dan kongsikan bersama kepada saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga dan sewaktu dengannya. 

Juga kami ingin pesan kepada semua wakil rakyat di Johor ! 
YB semua pasti sudah maklum tentang bantuan-bantuan yg diwujudkan untuk rakyat jelata, sama ada berkaitan kebajikan sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Kenapa tidak dihebahkan kepada semua rakyat di kawasan YB ? Nama pun wakil rakyat. Kena lah peka. BUKAN PEKAK ! Mana-mana YB yg tahu tolong lah ingatkan YB yg tak tahu. Jangan selfish sangat semata-mata mahu rakyat di kawasan dia saja dapat bantuan. 

Akhir sekali, kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada YAB MB dan YB Exco Pendidikan, kerana prihatin dan ambil berat terhadap bidang pendidikan di Johor. Kepada anda yg ada masalah berkaitan pendidikan, salurkannya terus ke Pejabat MB atau Pejabat Exco Pendidikan. Insha Allah, ada yg membantu. 

Kami share artikel ini sebab prihatin. 
Anda bagaimana ?

-Salam Muafakat Johor-
-AdminMohdNajib-

8 komen:

  1. Saya pelajar uiam tahun 3. saya anak Johor. adakah saya tidak mempunyai peluang lagi????? T_T

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saya.pelajar UiTM, saya anak Johor. Dan saya merupakan pelajar Semester 3, adakah saya layak untuk memohon zakat ini?

    ReplyDelete
  3. saya anak johor....anak kedua saya lahir sahaja di negeri kelantan, tetapi semenjak lahir menetap di johor. dan saya merupakan ibu tunggal. anak saya sekarang mnyambung pelajaran di ipts, adakah anak saya layak utk bantuan ini.

    ReplyDelete
  4. Saya Anak Jati Mersing Johor..! Saya bakal masuk ke universiti pd 1 Sept 2015 kelak utk program Sarjana Muda, boleh saya dapatkan link utk permohonan ni. Tq

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saya anak johor dan pelajar di ipts tahun 2..adakah saya layak untuk bantuan..mohon pencerahan terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. anak saudara sy merupakan anak ibu tunggal dan pemegang kad oku.. beliau baru mendapat tawaran belajar di Beijing biasiswa kpm.. bolekah beliau mendapat apa2 bantuan dari mana2 agensi untuk membuat persediaan ke sana..

    ReplyDelete
  7. محمد احلام فردوس بن عبد الله جيك:
    Assalamualaikum wrth.

    Kepada,
    Tuan/Puan

    PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PENGAJIAN SYARIAH DI MEDAN INDONESIA.

    Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas

    2.​Suka cita dimaklumkan bahawa saya, muhammad ahlam firdaus bin abdullah chek(No. K/P:920115065237) adalah Mahasiswa Tahun akhir p, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
    dalam bidang Syariah

    3.​Saya telah pun menduduki 13 semester di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, namun saya harus akur dengan masalah kesempitan wang untuk meneruskan pengajian disini.Untuk makluman pihak tuan/puan, nilai matawang Indonesia tinggi melebihi matawang Malaysia jatuh 100.000 Rupiah bersamaan 30.00 Ringgit Malaysia dan semua kos pengajian dan perbelanjaan selama 5 tahun di sini (dianggarkan sebanyak lebih kurang rm3000) adalah dibawah tanggungan sendiri. Saya terpaksa membahagikan masa belajar dengan bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong di Medan ini untuk menampung kos sara hidup disini disamping mengurangkan beban ibu yang terpaksa menghantar kiriman wang kepada saya.

    4.​ Memandangkan ibu saya seorang suri rumah yang manakala bapa saya pula bekerja sebagai jaga kilang papan dan khidmat nya akan diberhentikan pada bulan 3 ini,pendapatan ayah saya tidak cukup utk menampung kelapan2 adik2 saya termasuk saya.dulu perbelanjaan saya serba sedikit ditanggung oleh abg saya,akan tetapi dia telah pun meninggal dunia akibat kanser tulang tahap
    4.Dengan hal yang demikian,bantuan zakat/sumbangan derma dan perhatian daripada pihak tuan amatlah diperlukan.

    5. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat membantu saya.

    6.​Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah saya hargai, dan saya dahului denga n ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan did unia dan diakhirat.

    Sekian,wassalamualaikum wrth.

    Yang benar,

    (Muhammad ahlam firdaus bin Abdullah chek)
    Pelajar Tahun akhir,
    Syariah muamalah
    UIN Sumatera Utara Medan Indonesia
    No.Tel : +60174005735/0139955368

    No akaun bank:7035820229/cimb bank

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....saya Dan anak2 adalah Rakyat johor tp kini menetap di Ipoh....saya ibu tunggal....anak saya telah mendaftar di MICOST melaka...tp masih perlukan bantuan kewangan. Bolahkah anak saya memohon mana2 bantuan pendidikan negeri johor??

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.