Social Icons

20 March 2013

MUSTAHIL MB JOHOR BUKAN MELAYU


Pelantikan Menteri Besar dalam kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam adalah mustahil berdasarkan peraturan yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Pensyarah Kanan Fakulti Sejarah dan Pengajian Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Kasim Tukiman berkata, Perkara 34 dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 memperuntukkan kuasa mutlak Raja (Sultan) untuk melantik Menteri Besar.

Selain itu katanya, Perkara 34 berkenaan juga termaktub di bawah Perkara 31 iaitu Jemaah Menteri termasuk Menteri Besar mestilah terdiri daripada rakyat Johor yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. 

“Menurut Perkara 34 di dalam undang-undang berkenaan ada menyebut bahawa Raja berkuasa mutlak untuk melantik Menteri Besar.

“Perkara ini juga termaktub di bawah Perkara 31 yang menyebut jemaah menteri termasuk menteri besar perlu mengangkat sumpah bahawa dia merupakan rakyat Johor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Maknanya jika dilihat berdasarkan perkara-perkara ini adalah mustahil dan tiada kemungkinan bahawa menteri besar akan dipilih dari kalangan orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam,” katanya. 

Bagaimanapun dalam Perkara 47 undang-undang berkenaan, ada memperuntukkan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) boleh dari kalangan pemimpin bukan beragama Islam dan bukan Melayu.

“Dalam Perkara 47 ini tidak diwajibkan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam tetapi mestilah wajib dari kalangan rakyat Johor,” katanya. - Sinar

-Rujukan 1-
-Rujukan 2

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.