Pada hari Sabtu, 1 Dis 2012 bertempat di Kolej Keris Mas, UKM.
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kepimpinan Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT Sesi 2012/2013. Mesyuarat ini bertujuan mengumpulkan semua Presiden atau Wakil Anak Johor dari semua IPT seluruh negara, untuk membincangkan segala permasalahan yang berkaitan dan merancang program/aktiviti GAJ bagi sesi 2012/2013.
Kehadiran mencatatkan 30 Orang termasuk Presiden/Wakil Anak Johor dari 14 buah IPT dan Penasihat GAJ serta Penyelaras Zon.
Saya mengucapkan setinggi-tingi Syabas & Terima kasih kepada semua wakil atas komitmen anda menghadiri mesyuarat ini dan juga segala perkongsian idea atau pendapat sepanjang sesi diskusi mesyuarat berlangsung. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Tuan Penasihat, Hj Mohd Jamal Ali atas kesempatan hadir untuk bersama kami.
Saya selaku Ketua Penyelaras memohon maaf jika ada apa-apa kekurangan atau kelemahan terhadap mesyuarat yang diadakan kali ini iaitu sebelum, semasa dan selepas, terutamanya sepanjang saya mempengerusikan mesyuarat. Secara peribadi, ini merupakan cabaran terbesar bagi diri saya sepanjang penglibatan saya dalam organisasi mahasiswa Johor, apabila berperanan sebagai Pengerusi bagi sidang mesyuarat yang terdiri daripada semua Presiden atau Wakil Anak Johor IPT.
Sama-samalah kita doakan semoga apa yang kita rencanakan ini adalah tidak lain dan tidak bukan, antara sumbangan atau bakti yang ingin kita curahkan kepada negeri kita tercinta, Johor Darul Ta'zim.
Kepada Allah Berserah, Kepada Johor Berbakti.
0 komen:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen yang diberikan.