Tahniah kepada 2 orang anak buah aku daripada PERMAJ yang bertanding sebagai Calon Pilihan Raya Kampus (PRK) kerana telah memenangi Kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2012/2013. Kemenangan korang berdua adalah kebanggaan kami semua.
PRK 2012 yang bermula pada 20 September lalu iaitu Hari Penamaan Calon dan berakhir pada 25 September iaitu Hari Pengundian telah menyaksikan seramai 51 orang calon bertanding untuk merebut 28 kerusi MPP.
Keputusan telah berpihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa iaitu Gabungan Mahasiswa (GMUKM) menewaskan kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa (Aspirasi UKM) dengan catatan kemenangan 19 kerusi berbalas 9.
Peratusan Mengundi |
Maka sekali lagi, pakatan GMUKM telah diberi mandat untuk menerajui Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).
:: Menjulang Aspirasi Mahasiswa, Memartabat Legasi Johor. Anak Johor Memimpin ::
Sponsor besar |
Yg ramai semua ni budak kelantan je. Maklum la. Dorang paling ramai kt semua IPTA. Aku bukan benci, cuma xsuka sebab dorg selalu buat kecoh xkira tempat. |
Muslimah soleha semua. Berkenan nk cari calon isteri? |
Geng motor GMUKM yg ditugaskan utk membuat kecoh dan provokasi. |
Ni la yg dikatakan solat menunjuk. Punya besar masjid UKM, kt situ juga nk solat. Sama mcm 1 parti politik tu. |
Aku mengambil kesempatan di sini mengucapkan salam takziah teristimewa utk mamat xsedar diri ni yg sekali lagi telah gagal memenangi PRK. Takziah bro! Balik muhasabah la diri tu!
klu kat ukm kl...xde pon sampai camni.. x terasa apa2 pon pasal pkr
ReplyDelete**prk
ReplyDelete