Social Icons

30 September 2012

Himpunan Hijau Pengerang atau Himpunan Hijau Ke Nusajaya ?

Himpunan Hijau Lestari Pengerang atau Himpunan Hijau Pakatan Rakyat Menawan Nusajaya?


Hari ini, 30 September 2012, satu lagi Himpunan@Demonstrasi dianjurkan Pakatan Rakyat di negeri bertuah, Johor untuk membantah pelaksanaan projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di Pengerang. 

Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai projek RAPID, bolehlah baca di sini [RAPID]. 
Dikatakan sekitar 3,000 orang yang menyertai himpunan itu, sama ada mereka adalah penduduk Pengerang atau ramai orang luar, tidak dapat dibuktikan. 

Yang pasti, majoriti penduduk Pengerang yang berstatus sebagai di antara pemilik tanah yang terlibat dengan projek tersebut telah setuju terima pampasan

RAPID yang kononnya didakwa oleh PR sebagai projek yang bakal memusnahkan alam sekitar dan memudharatkan penduduk Pengerang, dilihat merupakan satu lagi projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dan memberi manfaat untuk rakyat, Johor khususnya. 

Benarkah penduduk membantah projek ini atau ia hanyalah alat untuk pakatan rakyat "menempah tiket" ke Nusajaya?

Begitu sinonim himpunan hijau ini dengan Himpunan Hijau PAS Ke Putrajaya yang dianjurkan sebelum ini. 

1 lagi perkara menarik, adakah 10 soalan ini benar-benar daripada penduduk Pengerang atau memang disediakan oleh NGO tajaan Pakatan Rakyat Johor untuk mereka?

~ JOHOR TETAP BIRU ~

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.