Social Icons

26 July 2012

Remaja Masa Kini


[Situasi 1]
Video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, kini sedang tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube. Pasangan muda dari Pahang itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri. 

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video itu yang telah dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas kini sudah pun menerima kunjungan sebanyak 508,560 dari penonton. 

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. 

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah. Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. 

Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana. 

Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga. 

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. 

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku.” [HR Ibnu ‘Addi] - Mynewshub


[Situasi 2]
KUALA LUMPUR - Cinta tiga segi remaja berusia 15 tahun berakhir dengan tragedi apabila seorang pelajar perempuan ditikam tiga kali menggunakan pisau dapur manakala bekas kekasihnya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian pukul 4 petang, Jumaat lepas, pelajar perempuan itu ditikam sebanyak tiga kali di bahagian perut dan pinggang oleh bekas kekasihnya itu. 

Katanya kejadian yang berlaku di Pangsapuri Taman Datuk Senu di sini itu turut disaksikan oleh kekasih baharu mangsa yang dipercayai menemani mangsa berjumpa bekas kekasihnya itu. 

"Sebelum kejadian, dipercayai pelajar tersebut telah bertengkar dengan bekas kekasihnya yang tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan itu kerana mempunyai kekasih baharu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. 

Zakaria berkata selepas menikam mangsa, suspek panik dan tertinggal pisau di tempat kejadian semasa melarikan diri sebelum kekasih baharu pelajar perempuan itu menjerit meminta bantuan. 

Beliau berkata ketiga-tiga pelajar adalah dari sekolah menengah yang sama di Sentul. 

Beliau berkata mangsa yang mengalami cedera parah kini stabil dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah. 

Zakaria berkata suspek yang menyerah diri semalam kini ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. - Bernama

-----------------------------------
[Apa yg sama]
1. Kisah cinta. 
2. Lelaki dan perempuan.  
3. Remaja (14,15,16 tahun). 
4. Melayu. 
5. Malaysia. 

[Apa yg beza]
1. Dinikah vs Dicedera. 
2. Reaksi awam. 
3. Perspektif masyarakat. 
4. Ibu bapa & keluarga. 
5. Dua-dua naik pelamin vs Sorang masuk lokap, sorang masuk hospital. 

4 komen:

  1. memang hebatlah budak2 sekarang ni... tak terjangkau dek akal nak buat semua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahwin awal tu ok lg walaupun ada yg kata itu kata ini..
      yg tikam2 smpai jd kes tu yg teruk..aihh.kalau mati sia-sia je..
      p/s: faizul dh plan nk kahwin awal jgk la tu..hehe

      Delete
  2. ok la kawin dari buat maksiat..:)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.