Social Icons

20 June 2019

Khidmat Sukarelawan bersama Tabung Haji Johor

[Khidmat Sukarelawan Penyerahan Barangan Sahabat Korporat Tabung Haji 2019]


Seramai 10 orang pegawai Yayasan Pelajaran Johor pada 17 dan 18 Jun 2019 telah terlibat sebagai sukarelawan bagi membantu pihak Tabung Haji Johor Bahru (THJB) melicinkan proses Penyerahan Barangan Sahabat Korporat Tabung Haji kepada Jemaah Haji 2019 daerah Johor Bahru.

Bertempat di Menara Tabung Haji, Jalan Air Molek, alhamdulillah proses penyerahan barangan kepada 700 orang jemaah haji telah berjalan lancar.

Menurut Pengarah Pentadbiran & Pengurusan Haji TH Johor, Tuan Haji Zainudin Abd Rahim, YPJ adalah satu-satunya agensi yang diberikan peluang oleh pihak THJB untuk merasai pengalaman bernilai ini bersama Tabung Haji.

"Ini adalah sebahagian kerja-kerja pengurusan operasi domestik haji bagi musim haji tahun ini yang sedang giat dijalankan oleh semua cawangan TH."

Mewakili pihak YPJ, Puan Shahariah Haris Ong, Pengurus Kanan Kewangan berkata, YPJ amat berbesar hati dan menyambut baik di atas pelawaan oleh pihak THJB untuk menghulurkan khidmat sukarelawan ini.

"YPJ menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan tertinggi THJB di atas kesudian mempelawa kami menjadi sukarelawan."

Semoga khidmat bakti dan amal jariah kami yang kecil ini diterima serta diredhai Allah. Kami mendoakan semoga perjalanan para jemaah haji dan pegawai bertugas Tabung Haji sentiasa lancar serta selamat bertolak ke tanah suci dan selamat kembali ke tanah air sebagaimana dijadualkan.

Juga semoga segala urusan mereka dipermudahkan hingga selesai ibadah haji dan mudah-mudahan beroleh Haji Mabrur. Insha Allah..

Taklimat ringkas oleh pihak THJB kepada sukarelawan YPJ


Sukarelawan YPJ bergambar bersama Hj Zainudin Abd Rahim (kemeja biru) setelah berakhir proses penyerahan pada hari pertama. 

Bergambar bersama Encik Azman Adnan, Pengarah Pendidikan Johor (kemeja putih) yang juga antara bakal jemaah haji 2019.

Diberi peluang oleh pihak THJB untuk bergambar di bahagian 'rooftop' Menara Tabung Haji Johor setelah berakhir proses penyerahan pada hari kedua. 

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.