DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dalam urusan surat rasmi MBIP.
Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam Bahasa Melayu.
“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (25 September 2018).
Baginda bertitah demikian bagi mengulas tindakan seorang Ahli Majlis MBIP menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog dan ia turut viral dalam laman media sosial.
“Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,” titah Baginda.
0 komen:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen yang diberikan.