Social Icons

29 October 2014

MAHASISWA JOHOR TERPIMPIN DAN MEMIMPIN

Ketika Anwar ajar mahasiswa merempuh pagar (27 Oktober 2014 di UM), Mahasiswa Johor dari seluruh negara sukarela membantu masyarakat tingkatkan pendapatan, sumbangkan khidmat bakti kepada negeri. INI CARA JOHOR !

Kerajaan Johor baru-baru ini telah melancarkan program khas buat mahasiswa iaitu Duta Jauhar untuk program khidmat masyarakat dan Johor Talent untuk melatih kepimpinan anak muda masa hadapan. Antara 2 inisiatif baharu kerajaan negeri dibawah kepimpinan MB Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin.


Sebagai ibu bapa semestinya mengharapkan anak mereka menjadi orang berilmu untuk membalas jasa pengorbanan ibu bapa mereka dan membantu orang lain, bukan diheret ke jalanan apatah lagi merempuh pagar universiti.

Sebelum ini Johor Talent yang memberi peluang untuk menyumbang khidmat bakti dan menimba pengalaman bersama kepimpinan kerajaan negeri, Exco, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif GLC di negeri Johor. Johor mahu bakat terbaik di kalangan terbaik yang merupakan anak Johor supaya dapat menyumbang kepada negeri kita. Anak johor yang maju 'mindset'nya yang mempunyai jati diri Johor, bukan negatif serba-serbi.


Manakala penuntut dari negeri ini yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara diberi pengiktirafan selaku Duta Jauhar dan turut berperanan memastikan dasar kerajaan negeri berjaya mencapai matlamatnya.

Penuntut yang dilantik selaku Duta Jauhar memainkan peranan sebagai ejen perubahan di mana mereka boleh melibatkan diri dengan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan yang selari dengan pelbagai dasar yang diusahakan kerajaan. Masyarakat tempatan juga akan mendapat manfaat secara langsung dan juga pelajar yang terdidik secara menyeluruh.

Penuntut dari 13 IPTA seluruh negara dipilih selaku Duta Jauhar untuk program perintis selaku penggerak utama program berasaskan aktiviti kesukarelaan ini. Golongan mahasiswa perlu melibatkan diri dengan pelbagai program secara langsung bagi memastikan mereka mendapat pendidikan secara lebih menyeluruh berbanding hanya aktiviti di dalam kuliah.


“Penuntut universiti harus proaktif dan melibatkan diri dalam program kemasyarakatan bagi membina modal insan lebih cemerlang. Ini penting kerana golongan mahasiswa ini merupakan aset yang bakal menerajui hala tuju bukan sahaja negeri, tetapi juga negara. Program berbentuk sukarela dan kemasyarakatan perlu digerakkan secara meluas. Ia merupakan nadi penting kepada sumbangan mahasiswa dalam membantu kegiatan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di luar kampus. Duta Jauhar merupakan program yang melibatkan mahasiswa sebagai ikon, jurucakap dan ejen pembangunan bagi masyarakat setempat.

Mahasiswa yang dipilih akan menjadi penggerak program berdasarkan idea kreatif yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru dan Perancangan Berasaskan Hasil, yang bakal memberi pelbagai manfaat di 10 daerah di negeri ini.

Antara yang akan dilaksanakan ialah projek keusahawanan penternakan burung puyuh secara ekspres oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya, yang menyasarkan golongan miskin tegar dapat membantu menjana pendapatan bulanan sehingga 60 peratus melalui pelan strategik jangka masa panjang.

Proses penternakan dan pelaksanaannya akan dilakukan di Kampung Lubok Sipat, Benut, Pontian dan bakal bekerjasama dengan tiga syarikat penternakan dan penjual burung puyuh terbesar di Malaysia.

Antara program dilaksanakan di bawah Duta Jauhar "Mahasiswa Johor Prihatin" termasuk projek Panchor Iron Single Mother oleh Sekretariat Anak Johor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), projek Akses Kemahiran dan Keusahawanan oleh Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim Universiti Teknologi Malaysia (UTM), projek Sistem Ekonomi Jaringan Usahawan Taib Andak oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Program Kesejahteraan Warga Emas Pagoh oleh Mahasiswa Johor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan projek Transformasi Ekonomi Nelayan Penyabong oleh Persatuan Kebajikan Anak Johor Universiti Putra Malaysia (UPM). 

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.