ASSALAMUALAIKUM
Kawan blogger dari Negeri Johor Darul Ta'zim.
Menariknya Negeri Johor ni daripada beberapa aspek.
Bahasanya,
Sejarahnya, Makanannya,
Tempatnya, Budayanya dan macam-macam lagi.
Ok, untuk huraian lanjut tentang setiap perkara yang menarik di Negeri Johor ni,
kawan akan update entry ni kemudian. Jadi, eloklah kita kenal-kenal dulu ye.
(kawan: saya@aku. sama macam eden, ambo, teman)
Kepada pembaca yg baru jumpa segmen ni dan ingin sertai, sila klik banner di atas.
~Salam Perkenalan Buat Semua~
Jom belajar serba sedikit Sejarah Johor !
(klik je gambar bawah ni)
 |
Sejarah Nama Tempat di Johor |
 |
Bendera-bendera di Negeri Johor |
Orang Johor menggunakan Bahasa Melayu yg sebetulnya (standard Malaysia). Sebab tu kalau Orang Johor bercakap, xkesah orang dari mana pun boleh faham. Tapi kalau nak tahu, dalam perbualan sesama Orang Johor juga ada loghatnya (Bahasa Johor).
Tengok gambar ni !
Ada x 'word' yg korang xpenah dengor?
Jajan: Keropok a.k.a Makanan ringan
Gerobok@Gobok: Almari@Rak
Lokek: Kedekut
Ngecek: Mintak sikit
Ngelat: Tak aci@Tak adil
Apesal kawan eja dengar jadi dengor? Hehe. Ini Bahasa Johor yg asalnya dari orang Muar.
Semua 'word' yg diakhiri "ar" disebut "o" atau "or". Faham tak?
Contoh: Muar tapi sebutnya Muo. Ular, Ulor. Selipar, selipor. Pagar, pagor. Lapar, lapo.
Gebar, gebor iaitu selimut. Hehe.
Penah dengar orang Johor cakap 'anu' dan 'sangap' ?
Kalau penah, harap jangan salah faham ye. Tu bukan melucah, tapi ayat biasa kitorang.
'Anu' merujuk pada sesuatu benda atau perbuatan.
'Sangap' sama maksud dengan mengantuk.
Hehe. Banyak lagi la kalau nak cerita bab bahasa ni. Korang google jela.
Bab makanan, haha macam-macam ada.
Bab budaya yg paling menarik. Agak-agak kenapa ekk?
Apa budaya Johor yg korang tahu sebelum kawan nak share ni?
Tambahan, ada satu acara tahunan Negeri Johor yg dinantikan seluruh rakyat.