Social Icons

10 November 2012

Men'JOHOR'kan PAS: Petanda Misi Tawan Johor Berkubur

PAS Johor memang betul-betul PAS (Pelik Amat Sangat). Pelik pak-pak lebai ni. Mana tak pelik, dah berzaman menetap di Johor, mencari rezeki di Johor, rupanya mereka bukanlah Johor yang sebenar. Yang beridentiti Anak Jati Johor. 

Pelik kan. Macam mana mereka boleh mengaku sebagai rakyat Johor tetapi dalam masa yang sama mereka tidak menghayati malah tidak mengenali apakah budaya atau apakah identiti Johor. 

Umpama seseorang yang mengaku Muslim, tetapi tidak solat dan berpuasa. Tidak melaksanakan semua Rukun Islam dan amalan sebagai muslim. Jadi apa gunanya pengakuan muslim itu. Begitu juga dengan situasi pak-pak lebai PAS ni. Mengaku rakyat Johor, tetapi tidak kenal budaya dan adat orang Johor. 

BATU PAHAT: PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.

Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini baru-baru ini.

"Ada dua pendekatan, kita men'johor'kan PAS atau mem'pas'kan Johor. Rasanya yang tepat adalah men'johor'kan PAS iaitu dengan kita di negeri ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.

"Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin mereka menuju perubahan," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor. [Baca lanjut di sini dan sini

Pak lebai PAS Johor pertama kali makan nasi dalam talam. 
Setelah berlalu tempoh 55 tahun merdeka dan 12 penggal pilihanraya, rupanya PAS Johor baru nak 'masuk tadika' untuk menjadi Johor yang sebenar. Baru nak kenal budaya Johor. Maknanya para pak lebai PAS Johor bukanlah jati Johor.

Walaupun sudah menetap lama di bumi Johor, tapi hati tidak JOHOR. Tak kan lah baru sekarang nak kenal apa itu yasinan, apa itu marhaban, macam mana nak berzanji, kuda kepang tu binatang apa, nak belajar zapin, belajar pakai songkok tinggi. Dan paling ba alif ngang, baru nak belajar makan nasi dalam talam (ambeng).

Adoi, sedih. Simpati yg amat. Semua tu basic kot sebagai orang Johor. Dan semua budaya tu patutnya dah menjadi kelaziman atau kebiasaan bagi semua anak jati Johor. 

Kalau dah macam ni, tunggulah tempoh 50 tahun lagi PAS nak perintah Johor sebab belum kenal apa itu "JOHOR". Entah-entah, nak sebut JOHOR pun tak tahu agaknya. Parah-parah. Bukti mereka hanya mahukan kuasa. Kuasa untuk kepentingan dan kepuasan sendiri. Bukan benar-benar mahu memimpin, bukan betul-betul nak membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih baik. 


Konvensyen bertemakan 'Pecutan Terakhir Menuju Nusajaya'. Tak payah pecut lah. Dah nak berkubur pun. Aku faham tema tu bermaksud, persediaan terakhir PAS sebelum menghadapi PRU13 dengan matlamat untuk menawan Johor dari UMNO-BN. Bila dikatakan persediaan akhir, mestilah segalanya sudah disiapsediakan, dimuktamadkan, dipastikan. Namun yang berlaku, PAS Johor baru terkial-kial nak kenal kepelbagaian budaya Johor. Umpama calon SPM yang baru nak ulangkaji untuk peperiksaan esok pagi. Dah terlambat. Sedih. Tak mengapalah. Tunggu jela lagi 50 tahun, atau keluar dari PAS, atau bersara dari politik. Situasi ini juga membuktikan bahawa pendekatan Mem'PAS'kan Johor sejak dulu hingga pasca PRU12 telah gagal. TAHNIAH !

JOHOR : Selamanya Biru, Merah, Putih

4 komen:

  1. Biasa la bro. Mat kelantan. Anywhere they go they always 'kelentongnese'. Harta dia yg dia, harta kita pon yg dia.

    That's why PAS Also don't win in Pahang. We here fear Pahang might become another satellite state for kelantan.

    ReplyDelete
  2. Aku dok google terjumpa lak kenyataan PAS Johor (artikel tahun 2007) yg negeri Johor ni akan bangkrap 2012..

    Ni dah hujung 2012, Johor tak bangkrap2 jugak..

    Dah 4 tahun baru perasan kena tipu dgn PAS Johor.. Memang sial le PAS ni...

    ReplyDelete
  3. Sepatut nye yg mmbolot harta kt jhor ni yg ptt di JOHOR kn n d kbur kn...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria