Assalamualaikum wbt.
Berkenan berangkat, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris. Turut hadir, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Penaung PAMJ, Menteri Besar YAB Dato' Abd Ghani Bin Othman serta barisan exco dan pemimpin-pemimpin Negeri Johor.
Keberangkatan tiba Tuanku
Wakil Anak Johor dari USM dan UPSI.
Boleh tahan menu. Sirap bandung yang special tu..
Tayangan Khas Multimedia: Johor di Persada Malaysia.
Mendengar titah ucapan Tuanku
“Sejak dulu lagi negeri Johor telah berjaya melahirkan ramai pemimpin Melayu terbilang pada hari ini. Kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan ramai menteri yang merupakan orang Johor. Oleh yg demikian dengan adanya pemimpin-pemimpin atasan dari Johor, saya berahap mereka tidak lupa membantu negeri sendiri.
“Sekiranya ada projek-projek kerajaan yang hendak diagih-agihkan, bagilah peluang kepada syarikat atau pengusaha dari Johor. Jika ada sumbangan yang hendak dihulurkan, berilah keutamaan kepada rakyat Johor dan jika ada pembangunan yang hendak dibuat, bawalah ke Negeri Johor. Siapalah yang akan membantu negeri kita kalau bukan orang kita sendiri,” titah baginda pada majlis makan malam Johor Di Hatiku di PWTC.
Saya dan rakan-rakan dari IPTA lain bergambar bersama YBhg Dato' Hj Nooh bin Gadut dan urusetia PAMJ.
"Walau dimana anda berada, Jagalah nama baik Johor. Dan Berbanggalah sebagai bangsa Johor."
~Titah pesanan DYMM Sultan Ibrahim dalam titah ucapan tuanku~
0 komen:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen yang diberikan.