Social Icons

27 March 2012

Salah Faham Maksud Kalimah FITNAH

Salah Faham Maksud Kalimah Fitnah
Dalam Ayat: "Fitnah Lebih Dahsyat Daripada Pembunuhan".


1. Maksud FITNAH.

Para ulama mentafsirkan kalimah FITNAH di dalam ayat ini dengan beberapa maksud. Di antaranya ialah:

1) Syirik atau Kufur.
2) Penyeksaan golongan musyrikin terhadap org yang beriman.
3) Usaha untuk memurtadkan org Islam.
4) Azab akhirat
5) Ujian dan bala bencana
6) Mewujudkan suasana masyarakat yang rosak dan menyeleweng.

Inilah kesimpulan maksud fitnah di dalam ayat tersebut.

2. Salah Faham.

Sebahagian kita memahami bahawa FITNAH yang disebut di dalam ayat ini termasuk 'TUDUHAN' secara umum. Lantas kita apabila adanya sesuatu tuduhan yang berlaku walaupun sekecil mana sekalipun, kita terus berhujjah dengan ayat ini. Hakikatnya kita telah tersalah dalam berhujjah dengan ayat ini. Ini kerana tiada seorang ulama pun yang mentafsirkannya dengan maksud tuduhan.

Imam Jalaluddin AsSuyuthi di dalam kitabnya 'AL-ITQAN' menyebut bahawa kalimah FITNAH digunakan di dalam Al-Quran dengan 15 maksud, tetapi tidak ada maksud "TUDUHAN" .

Dari sudut bahasa arab pula, kalimah FITNAH mempunyai banyak maksud tetapi juga tidak ada maksud 'TUDUHAN. (Lihat Qamus Muhith ms 1100)

3. Perbezaan dua bahasa.

Kadang-kadang satu-satu kalimah digunakan oleh berbagai-bagai bahasa tetapi mempunyai maksud yang berbeza diantara satu bahasa dengan yang lain. Ini seperti kalimah FITNAH yang beerti tuduhan di dalam bahasa melayu tetapi berbeza maksudnya di dalam bahasa arab.

4. Sumber. 
Ust Khairul Azmi Al-Muqry
Mudir Darul Fikri
al-muqry.blogspot.com

5. Rujukan.
Al-Quran
Tafsir Ibnu Kathir Jil 1 ms 243, 315
Tafsir Al-Qurthubi Jil 2 ms 351
Tafsir Munir Jil 2 ms 175, 258
Tafsir Nasafie Jil 1 ms 139
Mukhtasor Tafsir Al-Khazin Jil 1 ms 112
Tafsir Fi Zilalil Quran Jil 1 ms 119
Al-Itqan Jil 1 ms 409
Qamus Al –Muhith ms 1100

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.