Social Icons

28 July 2012

Bila Aku Dah Mengidam Katira

Mengidam punya pasal, sanggup aku pergi bazar ramadhan kt Bandar Nilai (depan Masjid Nilai) semata-mata nak cari satu jenis air yg sememangnya payah nak jumpa selain kt JB (baca: Johor). 

Kecuali bagi mereka yg ada ahli keluarga yg asal Singapore atau keluarga diorang tu memang pengusaha air minuman ni. 

Aku pergi bazar Nilai sebab ada kawan info kt situ ada jual. 
Air Katira

Air ni plak hanya boleh jumpa pada setiap kali menjelang ramadhan, boleh cari kt mana-mana bazar ramadhan sekitar JB. Tapi orang JB ni diorang dah spot tempat-tempat yg senang diorang nak dapatkan air ni. 

Kalau kt tempat aku (Tampoi, JB) aku cari air ni kt bazar Taman Dahlia ataupun bazar Bandar Baru Uda (BBU). Nak best kt BBU la, dari jauh dah boleh nampak sebab ada 1 gerai yg jual air kt situ hanya jual air satu jenis ni sahaja. 
Wow! Nampak sgt untung besar jual air ni. 


Sejak aku merantau kt Bangi ni plak, aku tercari-cari kt mana nak dapatkan air ni. Bila aku tanya orang sini, orang tu tanya balik: "Air katira tu air apa?" Sah! Memang tak jumpa langsung kt sini. Kawan aku sorang siap kena perli lagi bila dia kirim kt kawan dia suruh belikan air ni kt bazar Bangi. 


Semalam lepas balik ofis pukul 5, pergi kedai beli barang sikit, aku gerak pergi Nilai. 15 minit je aku rider. Sampai sana aku terus pusing2 bazar dgn mata menuju sasaran yg dicari. Akhirnya aku jumpa. "Bang, air katira ada lagi? Bagi dua." Aku beli dua bungkus yg perisa keladi. Sebungkus RM3, abg tu bagi dua RM5. 

Aku jalan lagi dan terjumpa sorang kawan lama, student USIM. Dia niaga kt situ. Jual lauk-lauk. Dia gelak bila aku cakap datang Nilai sebab nak cari air katira. Dia pun setuju dgn aku yg air ni susah nak jumpa kt luar JB. Haha. Dia ajak buka kt rumah sewa dia. Sementara tu, aku pusing2 dan beli lagi air ni. Yg ni perisa pandan. Warna hijau dia tu betul2 mengancam orang berpuasa. 


Dah beli air 3 bungkus, aku cari nasi plak untuk buka. Pusing2 tengok banyak gerai yg dah nak habis jual pasal dah petang sgt kan. Ada pun nasi ayam, murtabak, ayam percik. Tinggal 1 gerai jual nasi tomato dan nasi ayam penyet. Aku beli nasi tomato. 

Lepas tu aku ikut balik rumah kawan aku dan buka sama-sama. Masa buka asyik cite air ni je. Ada sorang housemate kawan aku budak Pahang. Dia tercengang je dengar kitorang borak pasal air ni. Dia pun tanya, air apa ni. Haha. Nikmat ramadhan namanya, dia dapat kenal satu jenis air yg special bg orang JB. 

Dalam pukul 10 aku gerak balik kolej dgn perasaan puas. Yela kita mesti rasa puas bila benda yg kita nak dah dapat. Kan3? 

Hah. Bagi siapa yg baru nak kenal dgn air katira, boleh baca sini

Nak cite apa kerja yg aku buat masa kt ofis semalam, tapi tak larat. 
Tengok jela gambar ek. 



Aku dgn kawan2 praktikal kena setelkan 1,000 helai borang kaji selidik. 


Dan 1,000pcs free gift berisi kurma. Yg ni untuk diberi kepada responden. Ofis aku di Sektor Sosial & Pembangunan dapat job untuk jalankan kaji selidik (survey) mengenai kawasan perumahan di Kuala Lumpur, 28 & 29 Julai ni. 

So entry ni aku buat sebelum aku bersiap-siap untuk ke ofis. Haha. 
Ok, Selamat bertugas kepada diri aku dan semua yg ada tugas. 
Selamat berpuasa untuk 8 Ramadhan :)

10 komen:

  1. memang tak sangkalah yg air katira ni hnya ada kat area johor je...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/nice-song-sami-yusof-feat-dato-siti.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kt Bangi xjumpa.. dapat info terus pergi Nilai..

      Delete
  2. air katira femes kat johor ni...tapi xminat sangat la....huhu

    ReplyDelete
  3. Wah! katira = johor... Tp daku tak minat lah.. kenapa ekk? hihihi sirap bandung suka! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka sirap bandung ada kaitan dgn mee bandung ke, org muo la kan? hehe..
      sirap bandung senang je boleh buat sendiri :)

      Delete
  4. alahai kesiannya cari air katira sampai kat nilai..... memang sedap pun. kadang2 minum air katira, tak sangka pula kat luar sana susah nak cari.... take care ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak Bangi-Nilai 15 minit je. kt sini memang xde jual. kesian org2 Johor kt sini. hehe

      Delete

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.