Social Icons

03 June 2012

Isu Plat WWW1 [Part 3]: Nizar Umpama Menabur Duri di tengah Laluan Salahudin Ayub Menawan Johor

Salahuddin: "Itu Pandangan Nizar, Jangan salahkan PAS"
3 Jun 2012

SHAH ALAM - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW1 bernilai RM520,000 yang dimenangi Sultan Johor bukanlah pandangan PAS, sebaliknya adalah pandangan peribadinya. 


Salahuddin Ayub 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, adalah tidak adil menyalahkan PAS kerana itu adalah tindakan spontan Mohammad Nizar selepas pengumuman dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Biarlah undang-undang mengambil tempat berhubung perkara ini. Kita serahkan kepada saluran perundangan, setiap orang melakukan kesilapan. 

"Tidak ada sesiapa pun berhak menghukum beliau melainkan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak itu yang mempertikaikan keputusan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menawarkan bidaan tertinggi nombor WWW1.

Bagaimanapun Nizar telah memohon maaf, 30 Mei lalu juga melalui laman Twitternya.

Tindakan Nizar itu membuatkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Salahuddin berkata, Pas tetap dengan dasar mereka yang menghormati institusi Raja-Raja Melayu sebagai komponen perlembagaan negara.

"Pas tidak lentur dengan prinsip dan dasar parti yang meraikan Raja selaras dengan Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

"Pas berpegang teguh kepada perkara ini dan terus memartabatkan Raja-Raja Melayu," katanya.

Baru-baru ini, JPJ melalui laman webnya telah menyenaraikan nama-nama pembida kepada nombor plat WWW dan “DYMM Sultan Ibrahim Johor” telah dinyatakan sebagai pembida yang berjaya membuat bidaan tertinggi mengatasi 9,998 pembida yang lain.

Jumlah RM520,000 yang dibayar baginda adalah yang tertinggi yang pernah dibuat ke atas nombor tunggal. 

Salahudin Ayub bersama PAS Johor ketika Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei 2012 di perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru. 


# Akhbar ini juga turut melaporkan bahawa Nizar akan disiasat di bawah Akta Hasutan 

SHAH ALAM – Polis Johor berkata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor.

Polis Johor menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat selepas lima laporan dibuat di negeri itu berhubung perkara berkenaan sejak semalam.

Laporan The Star menyebut, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan bahawa pasukan petugas telah memulakan siasatan.

“Kami akan menyiasat perkara ini secara telus dan profesional. Marilah kita menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar untuk memastikan keadilan dilakukan untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Kelmarin, Nizar mengkritik mengenai bidaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar untuk mendapatkan WWW 1, menerusi akaun Twitter beliau.

Sultan Johor membida nombor itu pada harga RM520,000.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsul Bari Jamali menambah, Nizar sepatutnya perlu meneliti fakta sebelum membuat sebarang komen.

Beliau berkata, kerabat diraja Johor sentiasa bermurah hati untuk menderma kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim bagi membantu pembangunan negara dan memperbaiki hidup rakyat.

Dalam mesej Twitter lewat kelmarin, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

“Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim,” titah baginda menerusi mesej Twitter lewat semalam.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

“Tujuan yayasan-yayasan ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor,” kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil “satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini.”

Laman web jabatan Pengangkutan Jalan (www.jpj.gov.my) semalam mengatakan Sultan Ibrahim sebagai pemenang dan mengalahkan 9998 orang yang membida no plat WWW1 dengan tawaran kemenangan sejumlah RM520,000. 




Artikel Berkaitan:

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.