skip to main | skip to sidebar

| PADUKA PULAI |

"...Dari seorang anak jati Tanjung Puteri untuk seluruh Negeri..."

Social Icons

Pages

  • Utama
  • AGAMA
  • BERITA
  • JOHOR
  • KAMPUS
  • POLITIK
  • BARANGAN OUTDOOR
  • JUALAN T-SHIRT
  • RUMAH SEWA

25 May 2012

[Berita] Kemalangan Maut di Jalan Kota Tinggi-Kluang (24 Mei 2012)

Berita: Sinar Harian dan Kosmo!
24 Mei 2012 
3 Maut Kemalangan Termasuk Kanak-kanak 2 Tahun


Gambar yang diambil oleh pengguna jalanraya ketika melihat kemalangan. 
JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Sharmila Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi, 4, cedera parah.

"Kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.


Keadaan kereta Kancil yang dipandu oleh Marlisa. 

"Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Majid berkata pemandu lori yang berumur 29 tahun dan pemandu Toyota Hilux yang berumur 40 tahun itu, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kes berkenaan dan siasatan mengenainya dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat manakala Sofea Balqis dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk rawatan. - Bernama


----------------------------------------------------------------------
Berita: Berita Harian dan Sinar Harian
25 Mei 2012
Tiga Sekeluarga Maut Nahas 

Jumadi ditenteramkan saudara dan jiran ketika menunggu jenazah isteri dan anak di Hospital Kluang, semalam. 
KLUANG: Tiga sekeluarga maut, manakala seorang parah, apabila kereta mereka naiki bertembung treler muatan sawit sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi berhampiran Ladang Tabung Haji itu, mangsa, Marlisa Mansor, 25, yang memandu Perodua Kancil, bersama anaknya, Sharmila Jumadi, 2, serta adiknya, Mariana, 22, mati di tempat kejadian.

Seorang lagi anak Marlisa, Sofea Balqis, 5, parah dan dihantar ke Hospital Kluang, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan lanjut. 

Pemandu lori muatan sawit berusia 44 tahun dan pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala treler terbabit terperosok ke bawah cerun berdekatan tempat kejadian. 

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kluang untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Tongkat. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali, berkata siasatan awal mendapati Perodua Kancil yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Kluang ke Kota Tinggi. 
“Ketika tiba di laluan terbabit, mangsa cuba memotong Toyota Hilux, tetapi bertembung dengan treler membawa muatan sawit daripada arah bertentangan. 

“Sejurus pertembungan itu, Toyota Hilux turut merempuh Perodua Kancil terbabit menyebabkannya kenderaan itu remuk teruk di bahagian kanan. 

“Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu menyebabkan tiga sekeluarga meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal,” katanya. 

Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Saudara mangsa, Sharifah Saad, 62, berkata kemalangan itu berlaku ketika empat beranak terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di FELDA Bukit Tongkat, selepas menghantar adik mangsa ke Terminal Bas Kluang, yang mahu pulang ke rumahnya di Johor Bahru. 

Beliau berkata, anak sulung Marlisa, Sofea Ameera, 7, tidak mengikut ibunya kerana belajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Belitong. 

“Marlisa dan Mariana baru saja menamatkan syif kerja malam di sebuah kilang elektronik dekat Tenggara, sebelum mereka bersama-sama menghantar adik mereka, Norafidah ke stesen bas,” katanya. 

Sementara itu, suami Marlisa, Jumadi Sim, 30-an, masih dalam keadaan terkejut enggan ditemu bual dan difahamkan beberapa kali pengsan ketika menunggu di Unit Kecemasan Hospital Kluang. 

Nukilan Mohd Najib pada 25.5.12
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook
Labels: berita, kemalangan maut, kluang, kota tinggi

4 komen:

  1. AnonymousMay 25, 2012 at 2:53 AM

    kesiannya...x sanggup nak tngk gambar...alfatihah...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. -jidDan TaHiR-May 25, 2012 at 3:43 PM

    AL fatihah buat arwah..moga roh dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Mohd NajibMay 26, 2012 at 4:56 AM

    al-fatihah. takziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. syira syahJune 3, 2012 at 3:59 AM

    kesian :((

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)




DAPATKAN BENDERA DAERAH ANDA

DAPATKAN BENDERA DAERAH ANDA

JUALAN TSHIRT

JUALAN TSHIRT
KLIK GAMBAR!

Bicara Paduka

As-Salam..

Blog Paduka Pulai ini kawan wujudkan untuk berkongsi nukilan peribadi kawan dan juga hal-hal berkaitan kemahasiswaan dan negeri Johor khasnya..
Juga hal-hal semasa dan perkara yang boleh dikongsi bersama..

Sudilah berinteraksi..

SYUKURI NIKMAT
Setiap yang diciptakan punyai kelebihan dan kekurangan. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Apa yang dianugerahkan-Nya adalah yang terbaik bagi hamba-Nya. Maka hendaklah kita mensyukuri nikmat-Nya itu.

YANG ISTIMEWA
Mencari seseorang yang istimewa bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri. Bersedialah untuk terluka, jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah kau temui, sayangilah dia demi-Nya.

RAIKAN PENDAPAT
Mengkritik Bukannya Menentang, Memuji Tidak Semesti Menyokong, Menegur Tidak Bermakna Membenci, Berbeza Pendapat Adalah Kawan Berfikir Yang Baik. Walau wujud Perbezaan, Tetap Wujud Titik Persamaan.

KEJUJURAN DALAM MEMIMPIN
Seseorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran dalam perjuangan, pemikiran, pertimbangan dan tindakan..

"...hidup ini banyak liku-likunya, terkadang suka terkadang duka, hanya yang tabah mampu hadapinya, asal tak lupa Yang Maha Esa..."


.: Paduka Pulai :. [1990-20??]

PENAJA

Jana Wang Dari SAYS

gif maker at gickr.com
Jana Wang Dari SAYS !

Artikel Menarik

  • ►  2021 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2019 (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (6)
    • ►  September (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  May (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2013 (23)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (8)
  • ▼  2012 (67)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (14)
    • ►  June (11)
    • ▼  May (6)
      • Isu Plat WWW1 [Part 1]: Heboh! Sultan Johor Menang...
      • [Berita] Kemalangan Maut di Jalan Kota Tinggi-Klua...
      • Doa Sempena Bulan Rejab
      • 20 Perkara 'JANGAN'
      • Teruskan Legasi Ini
      • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor IPTA 2012 (FEKAZ) #2...
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
Paduka Pulai. Powered by Blogger.

Geng-geng Ceria

Social Icons

Tuan Pemilik

Mohd Najib

Create Your Badge

Pilihan pembaca

  • BENDERA-BENDERA DI NEGERI JOHOR
  • [Video & Lirik] Lagu-lagu Kebangsaan Negeri Johor
  • Artikel Merdeka: "Sejarah Penciptaan Bendera Malaysia"
  • Sejarah Nama-nama Tempat di Johor (Bhgn 1)
  • Bilik Sewa Wanita - Taman Pulai Utama, Skudai

Dari Januari 2012

Johor Blogger

Johor Blogger

Traffic

 

Blog-blog ceria

  • Smile... Smile... Smile... | Mialiana.com
    Master the Market: Comprehensive Guide to Using MT4 Index Trading Platform
    2 months ago
  • ! QasehnyaRania !
    Mesothelioma Attorney Assistance: A Beacon of Hope for Victims of Asbestos Exposure
    1 year ago
  • koshikuyanie Empty Diary
    Lelaki Gold Digger
    5 years ago
  • ! 1 Blog 1 Informasi !
    Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang
    6 years ago
  • !! Hati Berkata, Jemari Meluah !!
    ♥ Al-Mizan Satay House - Bukan Sekadar Satay ♥
    6 years ago
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
    6 years ago
  • :: AKU,CINTA & CITA-CITA ::
    Dua Kosong Satu Lapan
    7 years ago
  • L y a a s u r i a n y
    Parents tak reti jaga anak?
    7 years ago
  • Bukan Blog Kamu
    TURBAN BABY RUNCIT DAN BORONG
    8 years ago
  • iNi bl0G d0d0l
    Wawasan 2020
    8 years ago
  • SILENT NOTE
    Clean Bandit - Rockabye Lyric
    8 years ago
  • .::Beruang Buluh::.
    Sedar atau tidak
    9 years ago
  • Cik Putri
    Finally, I'm a MOMMY TO BE!
    9 years ago
  • CUTE MAMA
    IPPO HAFIZ - RAHSIA ( OST TEMAN LELAKI UPAHAN )
    10 years ago
  • ... DuNia KeCiL KaMi ..
    Kawal Berat Semulajadi
    10 years ago
  • Skyliya^_^
    Apabila Cik Herma Belajar Memasak
    10 years ago
  • Anzulna's Home
    My Engagement Day #anzmsz
    10 years ago
  • !n! CeriT@ @yu ;-)
    Dugaan ketika Bertunang
    10 years ago
  • (◕‿♥) LIFE FULL WITH PUZZLE (◕‿♥)
    ::: B!rtHdAy My wONderful HusbanD :::
    10 years ago
  • suzila karmin
    from my heart
    10 years ago
  • tirahzairi
    Marine Essence...testimoni LAGI!!!
    11 years ago
  • crunchyredapple
    S...H
    11 years ago
  • Lil' Khalifah of My Heart
    Perkahwinan Perempuan
    11 years ago
  • BLOG BUDAK BAEK
    Semakan Online Keputusan SPM 2014
    11 years ago
  • Indahnya Kehidupan...
    tips rawat buasir dgn pantas
    11 years ago
  • ♥ CINTA SKALA HATI :)
    Draft Entry 2012: "Wanita Mencari Jodoh."
    11 years ago
  • keyrah
    Rabu Tanpa KataII # Jatuh Hati Dekat mR Arrogant
    11 years ago
  • teratak hati
    Krunchy Florentine
    11 years ago
  • THERE IS A PRINCESS IN EVERY GIRL
    TIGA MINGGU
    12 years ago
  • Life is beautiful
    A night with Teha (part 1)
    14 years ago
  • Hidup Indah Selalu ^__^
  • Pupel LiyaNa Official Blog
  • girlnextdoor
Show 10 Show All

Blog Rujukan

  • JOHOR KAKI Johor food & travel guide
    Hai Nan Xing Zhou Beef Noodle @ Kim Keat Palm Toa Payoh • Same Taste for 50 Years 海南星洲牛肉粉
    10 hours ago
  • Untold History
    UNTOLD REVISITED : Sultan Mahmud, Dua Megat & Jason King
    1 week ago
  • Johor Bahru Food Club
    Rentak Selera Hard Rock Hotel Desaru Bufet 2024
    1 year ago
  • PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
    Lima Orang Pimpinan PMJ Dilantik Sebagai Duta Perpaduan Johor
    2 years ago
  • Johor Southern Tigers
    DEMI JOHOR! BERSUKAT DARAH, BERTIMBANG DAGING
    5 years ago
  • | PADUKA PULAI |
    Rumah untuk disewa Taman Pulai Utama, Skudai
    5 years ago
  • TENGGARA is SOUTHEAST
    SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
    7 years ago
  • BIGCAT
    Whats up
    7 years ago
  • Komuniti Blogger Johor Bahru
    Ejen Coway Johor kini kian berdaya maju!!
    7 years ago
  • Muzium Muar (Muar Museum)
    Galeri Kesang dibuka kepada orang ramai
    7 years ago
  • Hazrey: i am being random.
    #943: BERMULALAH EPISOD NAFSU MELANTAK KITA MENINGKAT
    9 years ago
  • Info Johor
    Tunku Laksamana Johor mangkat
    9 years ago
  • ABDUL LATIP TALIB (Baru)
    pesta buku antarabangsa pwtc
    10 years ago
  • Mencari Cahaya Pelita
    AKTA HASUTAN : BERTINDAKLAH!
    10 years ago
  • Suara Anak Johor
    Jangan Salah Pilih Pemimpin
    12 years ago
  • Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) UKM
    Sejarah Ringkas Johor Bahru
    12 years ago
  • JOHO
    JOHO Infant.ri Special Edition
    12 years ago
  • Johor | Building Smart Communities
    Yong Peng
    13 years ago
  • ABDUL LATIP TALIB
    ENTRI BARU
    16 years ago
  • Farik Salleh
  • HAIRIEcerulean
  • Kesultanan Johor
Show 5 Show All

UKM Bloggers

  • Secebis Bingkisan Untuk Dikongsi (◕‿◕✿)
    My Little Kitchen
    5 years ago
  • ! minahSengal !
    Pandeglang Expo 2014
    5 years ago
  • AKU SEORANG MELAYU
    Sejarah Gerakan Selempang Merah Di Sungai Manik, Perak
    9 years ago
  • Faizul Osman
    #FoodReview : Pizza San Francisco, Bangi
    11 years ago
  • UKM E-News
    Q & A : How to register course
    11 years ago
  • Pawaka Daksina
    Hujan....
    12 years ago
  • Aku Insan Kerdil
  • ~Blog ILmu~
  • "dyANa nAdiRah"
Show 5 Show All

Blog Isu Semasa

  • GENERASI PEJUANG BANGSA
    PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ??
    2 years ago
  • RIDHUAN TEE
    Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
    5 years ago
  • ANGIN PERUBAHAN
    Tiga Pengumuman Tergempar Dato Seri @NajibRazak Buat Rakyat Malaysia
    7 years ago
  • Sanusi Junid
    ADIC 6 - SIXTH ACEH DEVELOPMENT INTERNATIONAL CONFERENCE 24.03.2017
    7 years ago
  • PELUANG KERJAYA (KERAJAAN DAN SWASTA)
    JAWATAN KOSONG DI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
    8 years ago
  • Aku Stress Giler
    Serius : Perubahan Lelaki Obesiti Kepada Seorang Jejaka Pujaan Ramai Gadis Di Thailand (14 Gambar)
    9 years ago
  • blog Brader Jai
    KPKT TRANSFORMASI
    9 years ago
  • Bersama Mazidul
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    9 years ago
  • JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2013
    Terdapat 1000 kekosongan jawatan kosong kerajaan 2015
    10 years ago
  • Panglima Perang Cyber

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.

 
Copyright (c) 2012-2014 | PADUKA PULAI | | Designed for live radio stations online - eNewJerseyPages.com