Social Icons

20 April 2012

Bengkel Persediaan Latihan Industri

Assalamualaikum wbt. Hai semua~

Semalam hari khamis 19 April 2012, ada bengkel latihan industri untuk semua budak sains politik UKM tahun akhir dan bengkel ini dibuat di bilik mesyuarat pusat pengajian kami di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Bengkel ini sebagai persediaan sebelum kami semua menjalani latihan industri (praktikal) pada bulan julai dan ogos nanti. Pagi tu aku bangun pukul 6.30pagi. Tersedar pun sebab kesejukan hujan. Hehe. Lepas tu solat subuh. Dah pukul 7 tapi hujan lagi. Aku risau je hujan camne aku nak pergi fakulti. Dah la naik motor.  Kena sampai sana sebelum pukul 8. Lencun jugak ni kalau redah je.


So, pukul 8.10pagi aku bergerak naik motor bila hujan nampak dah renyai sikit. Pakai smart2 pastu kena hujan. Hahaha padan! Lepas tu aku park motor aku kt tempat yang jarang2 orang lain park (bawah tangga kt hujung bangunan fakulti). Sebab bila parking kt situ senang sikit. Dekat, motor pun x kena hujan. 

Sampai2 je aku ingat program dah nak mula. Rupanya kawan2 aku yang dah sampai awal baru nak sarapan. Ada kuih dgn teh o. Aku daftar kehadiran, lepas tu aku sarap dulu sementara nak tunggu yang lain2 sampai. Dah pukul 8.30, semua dah sampai. Yang belum sampai, penceramah yang diundang. Tunggu2 dah pukul 9. Ketua aku beritahu, penceramah lambat sebab suaminya kena rushing pergi satu tempat dan minta salah sorg kami untuk jemput beliau di tol UPM. Takpe la nak buat camne. Dah hujan kan, so biasa la jadi masalah camni. Plan mula pukul 8.30, tapi pukul 9 penceramah belum sampai. Tepat 9.20, tetamu yang dinanti tiba juga dan program dimulakan.


Bermula dengan alu-aluan dari pengerusi majlis dengan memperkenalkan latar belakang penceramah dan kemudiannya, bacaan doa. Dan nama aku pun telah dialu-alukan oleh cik puan pengerusi dengan menjemput aku untuk memimpin bacaan doa. Orang dah minta kita baca, so baca jela apa nak takut. Tapi nasib baik ketua aku dah call malam tu minta aku standby untuk baca doa. Kalau tak, gegel jugak ana ni ! Hehehe~


Lepas tu, bermula slot pertama; 'Personaliti di Alam Kerjaya'. Penceramah ni namanya Muna 'Izzah Binti Dato' Fadzil. Anak dato' tau jangan main2. Haha. Puan Muna 'Izzah ni seorang Profesional Image Consultant dari Seanggun Bidadari, dan beliau ialah pengasasnya. Kemudian, sambung semula dengan slot ke-2; Etika Sosial. 

Personal Space: Jarak bila kita berjumpa orang.
Ada 3; intimate (0.5m), personal (1.2m) dan social (3m)

The art of handshake: Cara bersalam dengan orang yg kita jumpa

Business Card Etiquette: Cara memberi dan menerima kad.
Accept or give first?

Banyak juga la input2 yg aku dapat dari dua2 slot ni. Dari aspek pakaian, penampilan diri, etika bersosial dan lain2. Korang kena tahu ni. 4 aksesori wajib ada pada lelaki; Jam tangan, Tali pinggang, Pen dan Sapu tangan. Bagi wanita, ada 5 tapi aku ingat 3; Cincin, Rantai (terutama yg free hair), Brooches.

Habis dua2 slot ni dan kami semua melantak makan tengahari yang disediakan. Nasi ayam special. Lepas makan, solat la. Lepak2 kejap sementara nak tunggu slot ke-3 yg akan mula pukul 2.30ptg.

Aku dan Zaharul. Yang pegang kamera ni nak amik gambar aku sorg je, tiba dia menyelit. Hehe~ 

Yang ni memang nak amik gambar ramai2. Pasal semua dah kerumun kt aku~

Bergambar kenangan dengan Puan Muna. Kalau kt luar dia pesan panggil kak muna jer.

Tepat jam 2.30ptg, bengkel bersambung dengan slot ke-3; Selangkah Ke Alam Kerjaya. Kali ni, wakil dari Human Resources Maxis Communication Berhad. Puan Sabriah dan Encik Azrul. 


Pasal dah tengahari, slot dimulakan dengan game santai. Best jgk, boleh aku buat utk budak2 sekolah. Si volunteer, Amir Farid menunjukkan jawapan kepada kami yg dia sendiri xtahu apa yg ditulis di belakangnya.

Teka jawapan. Tak susah pun. Dia teka, kitorg jawab yes or no jer. Hehe~

Top Reason Why Fresh Graduates Were Not Hired. 

Resume: Sell Yourself. 

Bergambar kenangan dengan Puan Sabriah dan En Azrul. 

Bengkel ni tamat lebih kurang pukul 5.30ptg. Sebenarnya pukul 5 dah habis. Tapi katanya pukul 5 - 6 tu ada slot bersama alumni. Tunggu punya tunggu x sampai2. Yang lain tunggu sampai pukul 6 kot. Aku terus blah pukul 5.30 tu dan berjalan ke tempat aku park motor. Sampai kt motor, aku rasa sangat terharu dan teruja. Sebab ada 'hadiah' daripada 'someone'. Teruja la kan petang2 camni dapat hadiah, terharu plak pasal someone tu letak kt motor aku jer (kt bakul motor). Aku hanya mampu tersenyum dan jauh di sudut hati, aku cakap; "Terima kasih la kepada hamba Allah ni. Sangat efisyen. Good job." Hahahaha...amik ni !

"Hadiah special" dari "someone". Aku malas nak komen, pasal dah banyak kali kena. 

Kali ni sebab park motor kt tempat yang tidak dibenarkan. Hahaha.. Aku amik 'hadiah' tu dan masukkan dalam beg, lepas tu aku pecut motor aku sampai ke kolej. Letak beg, amik wuduk dan solat asar. Tamatlah kisah semalam~~

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang diberikan.




 

Blog-blog ceria

PENAFIAN

Laman web ini dan bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, sama ada tersirat atau tersurat mahupun dari segi undang-undang. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan setiap maklumat atau bahan yang diperolehi dari laman web ini.